Pakej Sanxia dan Yingge
Aturcara
Kumpul di Taipei→Tokong Sanxia Qingshui Zu Shi→ Sanxia Old Street (makan tengah hari)→Muzium Tembikar Yingge→ Yingge Old Street→balik ke Taipei
Masa dan tempat berkumpul
Berkumpul pada pukul 8:15 di MRT Chiang Kai-shek Memorial Hall Station Exit 5,bertolak pada pukul 8:30 pagi.
Pengenalan destinasi percutian
Tokong Sanxia Qingshui Zu Shi
Chang Fu Yan, dikenali sebagai "Istana Seni Oriental," yang merupakan tempat yang mesti dikunjungi di Sanxia,Qing Shui Zhu Shi ialah Dewa Pelindung bagi orang Anxi dan tokong ini merupakan pusat kepercayaan mereka. Ia diasaskan pada Dinasti Qing tahun 34 (tahun 1769) dengan pembinaan semula sebanyak 3 kali. Akibat gempa bumi yang dahsyat, tokong ini dibina semula pada tahun 1833. Kali kedua pula pada tahun 1899 kerana musnah ketika pertempuran dengan tentera Jepun. Kali terakhir ialah pada tahun 1947 dimana pelukis Li Meishu melaksanakan projek renovasi terhadap tokong ini. Tokong ini terkenal dengan ukiran yang diukir pada kayu dan batu yang dipahat oleh seniman terkenal, seperti karya Yu You Ren, Wang Yiyun, Yan Xishan dan rakannya pada dinding dan tiang batu, manakala hasil karya ukiran kayu diusahan oleh Lee Song Lin dan rakannya.
Sanxia Old Street
Jalan sepanjang 200 meter dan terdapat lebih daripada 100 blok rumah, rekaan melengkung dan indah sepanjang lorong memberi suasana seperti berada pada seratus tahun yang lalu. Ia merupakan jalan utama yang paling makmur di Sanxia, merupakan pusat pengedaran penting bagi industri pencelupan biru di utara Taiwan. Disebabkan peredaran masa, kemakmuran jalan ini kian merosot. Namun, warga tempatan Sanxia tidak sanggup melihat kehilangan pekan mereka, mereka nekad membuat renovasi besar-besaran pada tahun 2004 dengan mengekalkan gaya asal jalan tersebut. Kedai – kedai lama dibuka semula pada tahun 2007, selain daripada rekaan luaran bangunan tetap dengan gaya tradisional, terdapat lebih daripada 100 buah rumah lama yang beraneka rekaan yang menjadi ciri keunikan yang hanya dapat dilihat pada jalan ini. Dengan usaha penduduk Sanxia, terdapat juga kedai kain celup, kraftangan tradisional dan industri lain. Lawatilah jalan – jalan lama sambil mendengarkan kisah lama untuk mengimbas kembali masa silam dan keseronokan ketika zaman kanak – kanak yang lalu.
Muzium Tembikar Yingge
Lokasinya terletak di bandar seramik Taiwan, ialah muzium tembikar yang pertama di Taiwan.
Yingge Old Street
“Jika tiga hari cuaca baik boleh menonton wayang, jika tiga hari hujan perlu meminjam beras “ menggambarkan suasana kehidupan tukang tembikar;oleh kerana Yingge terkenal dengan industri tembikar, maka kebanyakan penduduk di sini membuat tembikar , ia menjadi sumber ekonomi di kota kecil ini. Kini, rata – rata penduduk Yingge telah menjadi seorang pakar tembikar yang menjadikan Jalan Jian Shan Pu sebagai kawasan bisnes baru. Misi Old Street adalah untuk memperluaskan daya hidup Yingge ke seluruh Taiwan, setiap kedai mempunyai hasil karya yang tersendiri yang patut dihargai keindahannya !
Tarikh bertolak(pendaftaran individu)
Panduan dalam Bahasa Malaysia:27 Mei 2018 (Hari Ahad)
Perbelanjaan aktiviti
NTD600 seorang (bernilai NTD1300)
※kanak-kanak dan orang dewasa sama harga
(Termasuk:tambang bas pelancongan, kos pemandu pelancong, pemandu berbahasa Malaysia, makanan tengah hari, tiket, cenderahati, insurans perjalanan)
Kelayakan berdaftar dan bilangan peserta bagi setiap kumpulan
1. Aturcara keseluruhan dipandu dalam Bahasa Malaysia. Setiap peserta diwajibkan menyerahkan salinan pasport atau kad ID.
2. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan:sebanyak 30 orang (minimum 20 orang)
Cara Pendaftaran
1. Pendaftaran individu: berdaftar melalui lamam web www.ecoshintour.com/ntpctour, pendaftar diwajibkan melampiri salinan pasport atau kad ID. (pendaftaran mencapai 2 orang ke atas dalam lingkungan 10 orang ,sila isikan maklumat dalam satu borang pendaftaran, dan muat naik salinan pasport salah seorang). ※Sila isikan maklumat dengan tepat untuk tujuan pendaftaran insuran pelancongan.
2. Pendaftaran pakej berkumpulan: Bagi pendaftaran berkumpulan yang mencapai sehingga 30 orang akan ditawarkan dalam satu kumpulan dan bebas menetapkan tarikh bertolak. (sebelum 15 Jun 2018) Telefon 02-26029569(Tawaran terhad)
Cara Bayaran
1. Sila jelaskan bayaran sebelum tiga hari pendaftaran.
2. Akaun Bank: Bank SinoPac(807) Lin Kou Chung Hsiao Branch,
nombor akaun:173-018-0003280-9
Nama Akaun: Ecoshintour Travel Service Co., Ltd
3. Setelah bayar sila fax resit ke (02-26029535) atau LINE(ecoshintour),sila senaraikan tarikh bertolak, nama dan telefon secara lengkap
Syarat pembatalan pakej
1. Pembatalan diterima sebelum 41 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 5% daripada pembayaran, sebelum 31-40 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 10% daripada pembayaran, sebelum 21-30 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 20% daripada pembayaran, sebelum 2-20 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 30% daripada pembayaran, sebelum 1 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 50% daripada pembayaran, tidak hadir pada tarikh berlepas caj pembatalan bagi setiap orang ialah 100% daripada pembayaran.
2. Perkara-perkara lain dilaksanakan dengan “Kontrak Pelancongan Domestik Taiwan”.
Unit penganjur: Shinertour Culture Co., Ltd
Unit penganjur bantuan: Ecoshintour Travel Service Co., Ltd
Telefon:02-26029569
Fax:02-26029535
E-mail:ecoshintour@gmail.com
Line:ecoshintour
Laman web: https://www.ecoshintour.com/ntpctour
Kumpulan: https://www.facebook.com/ecoshintour