Pakej Yehliu, Jinshan dan Tamsui
Aturcara
Kumpul di Taipei→Taman Geologi Yehliu→Jinshan(makan tengah hari) →Tamsui Fort San Domingo, Tamsui Kapel→Tamsui Old Street→pulang ke Taipei
Masa dan tempat berkumpul
Berkumpul pada pukul 7:45 di MRT Chiang Kai-shek Memorial Hall Station Exit 5,bertolak pada pukul 8:00 pagi.
Pengenalan destinasi percutian
Taman Geologi Yehliu
Yehliu terletak di bahagian utara Taiwan. Geografi pantai pinggir kaya dengan batu keras yang amat menakjubkan. Batu keras merupakan bahan ukiran terbaik dalam alam semula jadi. Pelbagai bentuk batu keras terukir secara alam semula jadi, antaranya adalah platform hakisan laut, Kepala Ratu, batu lilin, batu tauhu, gua laut, batu orangutan,batu gajah, gerbang hakisan laut dan sebagainya.
Jinshan Old Street
Jalan Jin Bao Li merupakan pekan lama yang bersejarah di kampung Jinshan, lebih daripada 300 tahun yang lalu ia sudah mula membina jalan setelah melalui perkembangan, ia diperbaharui menjadi pasar. Jalannya berkangka dan terbahagi kepada dua, iatitu "Jalan Atas" dan "Jalan Bawah " disebabkan Sungai Jin Bao Li. Tokong Guang An terletak di medan "Jalan Atas", di hadapannya terdapat gerai daging itik yang terkenal, Tokong Ci Hu sebagai pusat di "Jalan Bawah", dewi utama adalah Ma Zu , Suasana di jalan berkenaan sangat meriah.
Tamsui Fort San Domingo, Konsulat British
Tamsui Fort San Domingo yang bersejarah selama tiga ratus tahun boleh dikenali sebagai bangunan monumen yang paling mempesonakan. Bangunan utama----- Fort San Domingo merupakan istana yang berbentuk kuboid dan bata merah merupakan bahan utama pembinaan istana ini. Orang Belanda membina istana ini bagi tujuan ketenteraan.Kemudian bangunan ini diubahsuai oleh Orang British yang berfungsi sebagai konsulat, oleh demikian ia mempunyai pelbagai kegunaan seperti pertahanan tentera, pejabat dan penjara.Kini, peralatan asal seperti peti keselamatan dan Insinerator (Pembakaran Mesin Bukan Mekanikal) masih kekal dalam Bangunan utamanya. Pada tahun 1891, British membina kediaman konsulat baru di sebelah timur Fort San Domingo. Kediaman Konsular bergaya rumah batu dua tingkat.
Jalan Mackay(Gereja Tamsui, Klinik Mackay)
Jalan Mackay adalah nama jalan lama Hu Wei(kini namanya Jalan ZhongZheng) sehingga ke timur selatan Fort San Domingo. Doktor Mackay meninggalkan Klinik Mackay dan Gereja Tamsui disebabkan tujuan rawatan dan penyebaran agama. Untuk memperingati dedikasinya, jalan ini dinamakan Jalan Mackay.Di persimpangan Taman Segi Tiga terdapat Arca Mackay, ia merupakan mercu tanda yang amat menarik.Oleh kerana pembangunan Pelabuhan Tamsui,Jalan Mackay bukan sahaja mempunyai keupayaan memahami ciri-ciri kebudayaan timur dan barat beliau juga mampu mengakulturasi budaya Timur-Barat, pandangan jalannya juga penuh dengan gaya eksotik. Pada era Jepun ia dinamakan“Gaya He Feng”dan“Gaya Nan Man”. Dengan pemandangan indah di sepanjang jalan, ianya telah menjadi jalan yang paling romantik di Tamsui.
Tamsui Old Street
Jalan Zhong Zheng dikenali sebagai Tamsui Old Street oleh pendatang asing, nama asalnya ialah ”Jalan Bawah”, pada era Dinasti Qing dikenali sebagai “Jalan HuWei”, pada era Penjajahan Jepun pula dinamakan sebagai “Jalan Besar”. Jaraknya lebih daripada satu kilometer, ia mempunyai sejarah hampir empat ratus tahun. Pada masa ini, ia merupakan jalan yang paling meriah di Tamsui.Terdapat banyak kedai batu bata yang bergaya lama, beberapa kuil lama, dan kedai-kedai makanan. Disebabkan jalan ini berdekatan dengan laut, terdapat banyak restoran makanan laut di sepanjang laluan ini. Kini, terdapat banyak kedai antik dan kedai seni di Tamsui Old Street, mewujudkan lagi suasana nostalgia ketika melalui jalan ini. Tamsui mempunyai banyak kedai pastri tradisional yang terkenal, dengan makanan traditional seperti kuih bijan, kek ubi manis, kuih gula hitam nanas,kuih kacang hijau, tepung roti, biskut kari, kek nanas, muachi kacang merah dengan telur kuning, kek kahwin dan sebagainya.
Tarikh bertolak(pendaftaran individu)
Panduan dalam Bahasa Malaysia:6 Mei 2018(Hari Ahad)
Perbelanjaan aktiviti
NTD600 seorang (bernilai NTD1300)
※kanak-kanak dan orang dewasa sama harga
(Termasuk:tambang bas pelancongan, kos pemandu pelancong, pemandu berbahasa Malaysia, makanan tengah hari, tiket, cenderahati, insurans perjalanan)
Kelayakan berdaftar dan bilangan peserta bagi setiap kumpulan
1. Aturcara keseluruhan dipandu dalam Bahasa Malaysia. Setiap peserta diwajibkan menyerahkan salinan pasport atau kad ID.
2. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan:sebanyak 30 orang (minimum 20 orang)
Cara Pendaftaran
1. Pendaftaran individu: berdaftar melalui laman web www.ecoshintour.com/ntpctour, pendaftar diwajibkan melampiri salinan pasport atau kad ID. (pendaftaran mencapai 2 orang ke atas dalam lingkungan 10 orang ,sila isikan maklumat dalam satu borang pendaftaran ,dan muat naik salinan pastport salah seorang ). ※Sila isikan maklumat dengan tepat untuk tujuan pendaftaran insuran pelancongan.
2. Pendaftaran pakej berkumpulan: Bagi pendaftaran berkumpulan yang mencapai sehingga 30 orang akan ditawarkan dalam satu kumpulan dan bebas menetapkan tarikh bertolak. (sebelum 15 Jun 2018) Telefon 02-26029569(Tawaran terhad)
Cara Bayaran
1. Sila jelaskan bayaran sebelum tiga hari pendaftaran.
2. Akaun Bank: Bank SinoPac(807) Lin Kou Chung Hsiao Branch,
nombor akaun:173-018-0003280-9
Nama Akaun: Ecoshintour Travel Service Co., Ltd
3. Setelah bayar sila fax resit ke (02-26029535) atau LINE(ecoshintour),sila senaraikan tarikh bertolak, nama dan telefon secara lengkap
Syarat pembatalan pakej
1. Pembatalan diterima sebelum 41 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 5% daripada pembayaran, sebelum 31-40 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 10% daripada pembayaran, sebelum 21-30 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 20% daripada pembayaran, sebelum 2-20 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 30% daripada pembayaran, sebelum 1 hari tarikh berlepas, caj pembatalan bagi setiap orang ialah 50% daripada pembayaran, tidak hadir pada tarikh berlepas caj pembatalan bagi setiap orang ialah 100% daripada pembayaran.
2. Perkara-perkara lain dilaksanakan dengan “Kontrak Pelancongan Domestik Taiwan”.
Unit penganjur: Shinertour Culture Co., Ltd
Unit penganjur bantuan: Ecoshintour Travel Service Co., Ltd
Telefon:02-26029569
Fax:02-26029535
E-mail:ecoshintour@gmail.com
Line:ecoshintour
Laman web: https://www.ecoshintour.com/ntpctour
Kumpulan: https://www.facebook.com/ecoshintour